Selasa, 2 November 2010

Paying denda using MBPJ online

beberapa minggu lepas, kami terima statement daripada MBPJ mengenai saman parking yang belum dibayar. Kereta perdana milik pak mertua saya disaman di kawasan PJU.....biasanye saya yang dok kene saman di PJ nih, tapi bila tengok kereta perdana tu yang kena, kena kat PJU yang jauh dari opis saya, pastu pukul 10 pagi lak tuh, maknenye bukan saya la. Ye la, bukannya saya ingat kalau saya yang bawak pun. Saman tu kena bulan julai, 2009 dulu..mana nak ingat dah.
So saya pun mengabaikan surat tu dengan fahaman, pak mertua saya yg kena saman.
Then semlm saya saja tunjuk surat tu kat wife saya, dengan tanpa segan silu dia tersengih berkata dia yang kena. Ceit.....dia rupanya. Maka, tak nak nyusahkan pak mertua saya, saya pun bawak la surat saman tu kat opis dengan hajat nak pegi baya kat MBPJ waktu rehat tengahari. Tapi bila fikir2 balik, walopon takde la jauh sgt menara MBPJ tu ngan opis saya, tapi nak menempuh banyak jalan ngan trafik lite, pastu nak carik parking lagi...memang buat saya malas. So saya pun cuba la dengan menggunakan perkhidmatan e-payment. cara2nye:
1. bukak website MBPJ
2. Click pada epay@MBPJ
3. akan keluar screen ini. klik pada ayat 'klik disini' untuk daftar baru, sekiranya belom.

4. Isikan details dan tekan butang "HANTAR".

5. Sekiranya OK, akan keluar display nih
6. Klik pada kolum "CARIAN" dan pilih kategori yang anda ingin bayar. Macam kes saya ini ingin membayar kompaun trafik.

7. Masukkan nombor akaun yang tertera pada notis saman itu. Ianya tertulis seperti "Akaun PJP No." Seperti dibawah.
8. Kemudian akan tertera details pasal kompaun anda seperti ini. Klik pada "Tambah DI SENARAI" sekiranya anda ingin terus membuat pembayaran. Klik pada "Daftar ke Akaun" sekiranya anda ingin simpan (save) data di akaun anda. Disini juga anda buleh mendapat potongan harga rayuan sama seperti berada di kaunter pembayaran. Seperti kes saya, bayaran RM100 telah mendapat potongan sehingga RM50 secara automatik.
9. Sekiranya anda telah menekan "Simpan ke Akaun" tadi. Sila klik pada kolum "Akaun Berdaftar>Kompaun" untuk melihat hasil simpanan data tadi. Seterusnya klik pada "Tambah di Senarai" untuk membuat pembayaran.

10. Seterusnya screen "Bayaran" akan keluar. Anda juga boleh klik sendiri pada kolum "Bayaran" untuk pergi ke screen ini. Disini, tandakan pada kotak akaun yang anda ingin membayar, dan klik pada butang "Bayar".

11. Seterusnya akan keluar pop-up screen. Perlu diingatkan yang anda perlu mematikan fungsi block pop-up screen untuk menggunakan perkhidmatan ini. Disini anda perlu memilih cara pembayaran anda, samada kad kredit atau internet banking. Dalam kes saya, saya memilih membuat internet banking melalui CIMB bank. Selepas klik pada butang "agree" dengan peraturan internet banking, sila klik butang "proceed".
12. Seterusnya anda akan disambungkan terus ke akaun internet banking anda dimana anda perlu log-in untuk meneruskan proses.

13. Dan ikut arahan seterusnya sehingga selesai.

Dalam kes saya, ketika menunggu TAC number dihantar ke telefon saya, punye la lama sampaikan saya naik tensen.Setelah menunggu lama dan nombor TAC masih belum diterima, saya pun menutup PC dan terus menuju ke kereta lalu bergerak ke MBPJ utk buat pembayaran. Mesti korang konpius kan kenapa saya pergi ke kaunter jugak akhirnya. Semua disebabkan server yang lembap, susah nak paham cara guna epayment nih dll. Sebenarnya saya telah membuang masa selama 2 jam hanya utk memahami cara menggunakan epay@MBPJ nih. Bila dah faham itulah saya tuliskan kat blog ni supaya orang lain senang nak faham guna sistem tuh, jangan jadik cam saya.
Okeh berbalik ke cerita saya, saya pun terus pergi ke pejabat MBPJ kat PJ newtown. Dari opis nak sampai sana tak samapi 10 minit pun, tapi sampai sana guna 10 minit lebih utk mencari parking. Last2 saya masuk ke menara Choy Fook Onn carik parking...tu pun kena lalu kat lorong yang sempit naik sampai tingkat 4 baru jumpa parking. Menara ni pun satu, tinggi je lebih, parking cam hampeh. Nasib baik aku terer bawak kete, dah la bawak CRV. Kalau wife aku dtg bawak kenari, mau barai abis bumper kene seret kat dinding.
Lepas parking je saya terus ke kaunter MBPJ...pergi kaunter rayuan...sekali kena RM70! mak aih....baru je tadi saya tgk kat akaun epay@MBPJ yang saya kene RM50 jek. Awat lak jadik RM70 nih? Mak cik kaunter tu pun sambil borak ngan kawan2 dia, ckp kat saya, "ni dah notis ke2 nih, diskaun tak banyak la bagi"......siap tunjuk kat saya statement tampal kat meja pasal diskaun kompaun. Ada tulih situ, kalau dah notis kedua, memang RM70 kalau kompaun asal RM100....ceh, nyesal pun ada, kalau saya setelkan guna epay tadi dah sure dpt RM50...parking pun takyah bayar...tensen sekali lagi. Lepas setelkan kompaun tu, saya singgah CIMB pastu terus balik...parking charge kene RM3...............

27 ulasan:

  1. Thank you bro on your article. Very helpful.

    BalasPadam
  2. welkam.....tapi gambar agak kecik. kena klik kat gambar tu la eh kalau nak view besar2....

    BalasPadam
  3. lot of thanks coz its really helpful (^^,)

    BalasPadam
  4. sangat berguna! thank you!
    i wish i knew this earlier. sbb da cube bayar saman trice which is carik kat web mbpj utk pay online tp x jumpe, gi pos opis n mbkl tp dorg kate kne gi bangunan mbpj gak. sudahnye lupe nak bayar. akhirnye sampai kat umah surah merah. BEST~

    tp xpe... bleh bayar online. igt kn x bleh. muahahhaa~~~ beres dah :P

    BalasPadam
  5. terima kasih byk2, sgt membantu!

    BalasPadam
  6. thanks a lot!! it is really helpful..

    BalasPadam
  7. Extreamly helpful. Thumbs up! Jus paid mine!!!

    BalasPadam
  8. I know this was written in 2010, but I'm referring to this very useful post in 2012!!

    Terima kasih kerana menulis blog post ini. Memang terbaik! I cari instructions satu web and this is the best step-by-step guide. Thank youu

    BalasPadam
  9. Blog post paling berguna bagi saya bulan Ogos 2012.
    Memang dapat banyak diskaun kalau guna online payment MBPJ

    Terima kasih!

    -Ikram Adi
    PelaburanSilver2012.com

    BalasPadam
  10. Thank you bro.....aku pun confuse pasal epay MBPJ ni, dah la hari ni last day nak kena bayar - 3 kompaun lak tu....nasib la jumpa artikel ni.

    BalasPadam
  11. memang detail and informative... ada gambar juga... baru i dapat cari dan bayar saman i.. thanks bor

    BalasPadam
  12. Baru kena saman area damansara intan..huhu...

    BalasPadam
  13. very useful info, thanks bro!

    BalasPadam
  14. hi ! tq for the info, yes very useful and helpful too.
    it's dec 2012 now, still very relevant.
    just a note to all: for the "no.akaun" part, we are to key in the 10-digit 'no.kompaun'.
    tq!!

    BalasPadam
  15. Salam Cucu Tok Awang
    Terima kasih, saya dah berjaya bayar online kompaun MBPJ dengan mengikuti info tuan :D

    BalasPadam
  16. terima kasih di atas info. mak saya kena saman trafik MBPJ. sangat membantu!

    BalasPadam
  17. Thanks a lot for the info. Setel dah bayar kompaun. Kena saman kat KD, nak pi bayar kemain jauh. Huih x kuasa tau. Sebaik ada e-pay.

    BalasPadam
  18. Bro, Terima Kasih Banyak-banyak!!!
    Sekarang boleh bayaran guna Credit Card yg saya sudah buat dengar berjaya.
    Satu lagi saya tengok, kompaun $30 (dalam 2 minggu) telah dikurangkan kpd $15, 3 hari sebelum dateline 2 minggu. So saya bayar $15 je!

    BalasPadam
  19. Saya kena kompaun parking kt KJ. mahal dah skrg RM100 ! tapi check online nak bayar guna epay xde plak saman tu dlm sistem. pelik2.. haha

    BalasPadam
  20. tq2.. dh setel bayar online.. xyah keluar jauh2.. thanks again..

    BalasPadam
  21. thank alot for the info. Saya baru kena hari selasa tuh depan hospital damansara masa tunggu husband operate. Kita berdebar dgn yg dalam OT mana nak ingat nak tambah duit parking lagi.

    thank alot

    BalasPadam
  22. jazakallahu khairan kathira..dah berjaya bayar saman online =) terimakasih

    BalasPadam
  23. thank u. baru lepas bayar. kalau tak jumpe post ni i dah gi bazir masa cari parking kt menara mbpj

    BalasPadam
  24. Nape sy buat x keluar step no.11? Just credit card je

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...