Isnin, 29 November 2010

Selamat Ulangtahun


26/November/2010: genaplah setahun encik CRV ini bersama keluarga saya. Tak seperti kereta kereta saya sebelom ni, kereta kali ni tiada seni modifikasi ekstrim yang diterapkan sangat. Antara perubahan yang telah dibuat...tukar rim dari standard ke Advan RG termasuk tukar taya, pasang windscreen visor, pasang langsir untuk seat belakang, tukar lampu maghrib ke LED, pasang foglamp, tukar lampu foglamp ke HID, pasang grounding cable pada enjin, tinted aircool, korek lubang angin pada grill depan….itu je yang saya teringat..hmm..byk gak. Pastu untuk repair barang yang rosak, saya dah tukar seal apa ntah yang buat enjin oil leaking ngan tukar bar apa ntah yang rosak bawah kereta.

Pakai kereta SUV ataupun 4WD ni memang lain berbanding pakai kereta biasa. Antara kelebihan yang dapat saya rasa sepanjang setahun ni bila gunakan SUV:
1. bila lalu kat lopak, tak terasa masalah hidroplan.
2. naik bukit laju berbanding dengan kereta FF biasa.
3. boleh redah lubang ngan jalan tidak rata dengan tenang.
4. dalaman kereta yang luas, memang best buat balik kampong.
5. selamba badak lalu kat pasir pantai.
6. posisi yang tinggi, senang nak tgk kat depan.
7. bila jalan naik air, sementara semua kereta serba salah nak lalu ke tidak, SUV dengan muka selamba redah air hehe…(kene tgk ketinggian air gak).
8. Boleh parking kat tempat yang tak rata langsung, tempat yang kebanyakkan kereta sedan memang takkan parking macam bahu jalan yang ada gap tinggi antara jalan ngan bahu jalan.

Kelemahan:
1. Power takde, kalau pakai X6 ke, X5 ke, Q7 ke, toureg ke lain la cerita
2. kene charge mahal bila basuh kete.
3. roadtax mahal sket.
4. minyak boleh tahan kuat (tapi kalau pandai cara drive, memang save minyak)
5. saiz yang besar, memang tak sesuai buat pergi pasar.

Erm...buat masa ni tu je la terpikir. Tapi overall, memang kelebihan lagi byk dari kelemahan. Sebelom pakai SUV, saya ade terdengar review yang mengutuk SUV sebab besar dan hanye menyempitkan jalanraya, pastu ade yang kata SUV ni hanye sesuai ngan negara 4 musim je sebab ada salji, sedangkan Malaysia takde. Tapi bagi saya, SUV ni banyak kelebihan dia berbanding dengan sedan. Sebab tu saya pernah dengar orang berkata, bila sudah pakai SUV, memang susah nak beralih guna sedan balik. Mungkin betul gak la....pada diri saya, insyaallah, kalau takde masalah, saya akan terus menggunakan SUV ini sehingga saya mampu utk membeli MPV idaman saya.

Modifikasi bermula

Lepas kesah gear bermasalah sebelah pagi masa pergi Bandar Tun Razak tuh, saya terus bawak basikal saya pergi kedai basikal milik encik Mahadir kat Kg. Sungai Ramal Dalam. Tujuan pertama untuk suruh repair gear saya, lagi satu nak mintak tengokkan header lock yang senget.

Header lock senget tu saya perasan masa nak tukar stem basikal hari tu, stem yang baru tak leh masuk sebab header lock senget. Masa bawak gi kedai Mahadir, dia kata memang senget, lepas dia pasang lock baru, dia pasangkan sekali stem yang baru.....dah mula nampak gah dah beskalku. pastu dia pun betulkan gear. Sebelom balik, saya buat test ride dulu, tukar2 gear...ok dah. Sekali ngan stand basikal 2nd hand saya beli dari Mahadir, total bayar RM27 kat dia....dia ni memang amik murah je manjang....sebab tu saya suka pergi kedai dia walopon jauh.
Stand basikal murah RM20
Stem yang telah ditukar

kat rumah petang tu saya teruskan proses transforming basikal saya. Barang2 yang nak ditukar, handle bar, grip, 'tanduk' ngan skewer utk seat post.
SEBELOM


SELEPAS


My first ride

Setelah berlumuih basikal patik kena hujan panas tapi belum naik2 jugak, akhir 'kuda' itu berjaya ditunggang buat pertama kalinya.

Kejadian berlaku pada hari sabtu hujung minggu yang lepas. Lepas bangun subuh, main tenet kejap, pukul 7 camtu saya pun keluar dengan seluar pendek kononye nak berbasikal. Sebabkan ni kali pertama, so saya hanya pusing kawasan perumahan saya je la. Walopon jaraknye pendek, 1, 2 kilometer je rasanye...tapi dia punye penat...toksah cerita la. Dah ler kawasan rumah saya ni berbukit sikit. Masalah yang saya jumpa masa first ride ni, gear depan tak leh masuk gear dua ngan stamina takde hahah.......tgh2 perjalanan masa saya singgah beli roti canai utk org2 kat rumah, turun basikal je mulalah terkangkang berjalan masuk kedai mamak. total ride hari ni setgh jam utk 1, 2 kilometer...tu pun sebab singgah kedai mamak.

Esok harinya lepas subuh saya mulakan ride kedua, pusing kawasan yang sama jugak tapi tambah sikit jaraknye. Kali ni kurang sikit semputnye banding ngan hari sebelum. Tapi boleh tahan gak la semput. Yang bestnye kali ni, nak balik rumah saya tu kene naik bukit sikit, kali ni naik selamba je ngan basikal sampai rumah. kalo hari sebelom tu ngan masa naik basikal pak mertua sebelom ni, kene seret hahah....

Semlm saya buat riding ketiga saya. Target saya kali ni agak jauh, Bandar Tun Razak......So lepas azan subuh, saya bangun solat kejap...pastu mula bersiap. Pukul 6 suku pagi saya keluar rumah...kali ni pakai elok sikit, seluar pendek ada cycling track kat dalam (beli kat jepun dulu) ngan glove beli beberapa minggu sebelom. Lampu pun ada beli gak aritu, so siap ngan lampu saya pun bergerak dari rumah. Awal pagi ni kete tak banyak sgt, so takde la rasa cuak sgt. Masa awal perjalanan, saya lalu dalam terowong depan plaza phoenix utk tembus ke taman connought, gear belakang pulak buat hal. Tak boleh nak masuk gear...kadang2 buleh pulak. Saya dah nak putus asa dah, tapi sebabkan masa tu kat dalam terowong, nak patah balik memang bahaya sebab lawan arus kereta...nak patah balik pulak kene pusing kat persimpangan Bandar Tun Razak jugak...last2 pikir teruskan je la ngan gear bermasalah tu. Masalah kedua pulak datang lepas tu....seat post saya longgar, asyik bergerak je seat..berhenti tepi jalan betulkan pun tak lama lepas tu gerak balik.......lepas berhempas pulas menganyuh, akhirnya saya tiba gak kat bandar tun razak. terus buat pusingan balik rumah.......sampai rumah pukul 7 pagi........buleh tahan gak rupanya. penat tu memang tak leh cakap la...tapi seronok.

Khamis, 18 November 2010

My bicycle.....




Nah seperti yang diuar-uarkan...gambor basikal saya. Nampak mcm brand Montana Racer....tapi search intenet tak penah jumpa lak. Masuk hari ni dah hari ke 4 basikal tu kat rumah, langsung tak penah try naik lagi hahah.....tgk la bila2 free. busy manjang skang nih

Aidiladha kali ini (edisi 2010) II

Aidiladha kali ni (2010) saya tidak dapat pulang beraya kat kelantan sebab takde cuti sgt, isteri pun tak dpt cuti. So kitorang pun bercadang pulang ke kampung isteri saya di Melaka sempena Aidiladha....so pertama kali lah saya dapat merasa aidiladha di kampung orang lain.

Petang sehari sebelum raya, saya pulang kerja. Mak mertua dah siap masak rendang, ketupat dll....wow, memang besh ler. Pastu isteri saya sampai umah nak dekat pukul 8 mlm, so lepas dia sampai, kami pun bersiap..pukul 9 suku baru keluar rumah menuju ke Melaka. Sampai Melaka saya tgk umah kat Melaka camtu ler rupa bersepahnye mcm saya dtg bila2....dengan muka ngantuk, pastu fikir mungkin diorang kemas pagi esok, saya pun terus tidor.

Pagi esoknye mcm aidilfitri dan aidiladha yang sebelumnye, saya akan mandi selepas azan suboh dan bersiap terus. So nanti takde la berebut bilik air pastu buleh tolong orang kemas rumah ngan masak. Walopon saya dah siap, sy tgk orang lain semua dok layan tido lagi. makcik2, pakcik semua rilek jek....mak mertua saya je yang dah bgn sembahyang, tu pun sbb dia memang selalu bgn pagi sembahyang sunat.....aik...konpius jap....

pastu kul 7 setgh, mak mertua, nenek ngan makcik2 pun mula keluar rumah pergi masjid. Pembantu rumah saya pun ikut sama?!.......abih siapa nak siapkan rumah nih?..isteri saya lagi la, tgh layan tido....ade la makcik sorang lagi stay umah sbb nak jaga anak2. Dengan konpius lagi sekali, saya pun tgk tv sampai kul 8 pagi.....kul 8 saya pegi masjid.

Kat masjid sementara tunggu solat, saya tgk memang ramai yang berbaju melayu siap samping, baju2 baru...tapi ramai jugak yang pakai baju mcm nak pegi solat fardu biasa. Pakai kain pelikat ngan t-shirt, pakai track suit, pakai baju melayu ngan seluar jeans........konpius lagi saya, kalau kat Kelantan susah nak nampak nih. Lepas solat, kalau kat Kelantan, lepas solat je jiran2 masjid akan menjemput semua hadirin masjid nagn surau utk singgah rumah mereka dahulu. Tapi kat Melaka ni semua blah mcm lepas sembahyang jumaat. Saya yg memang tak kenal penduduk kat Melaka ni dok terpikir nak singgah rumah pakcik isteri saya yang hanye beberapa meter drpd masjid. Tapi kot2 isteri pun nak ikut, sy pun balik umah dulu.

Sampai rumah, bersepahnye memang camtu, takde perubahan. Anak2 saya dah bersiap, tapi maknye pulak baru nak mandi....makcik saya tu pulak baru je siap mandi..konpius lagi saya. Pastu saya pun makan pastu suruh isteri saya kemas sikit meja makan. Pastu mak mertua, nenek ngan makcik, pakcik pun balik dr masjid. Pastu semua layan makan, pakcik saya yang duduk dkt masjid tu pun dtg...lepas makan tu hajatnye nak pegi tgk orang potong lembu, tapi sbb penat drive semlm tak abis lagi, sy suruh sepupu wife saya pegi. Yang dia ni pun muka baru bgn tido.....pastu saya tidor jap sebab semua orang kat rumah tgh sebuk kat dapor.

Saya terjaga kul 1 tghari sebab dgr Zia menjerit, pastu saya gi tgk rupanye dia tgh main ngan sepupu2 wife saya. Dah tghhari pastu semua dok rumah lagi....konpius jap. Kalau kat Kelantan nih, memang takde kat umah dah nih sbb pegi umah orang.

Sampai ke petang duduk rumah, pukul 3 ptg kami bergerak balik ke KL.............itulah dia aidiladha di kampong orang lain. Saya yang masih konpius pun telefon ke Kelantan malam itu, sah........mcm yang saya fikir, memang takde orang kat rumah sebab semua keluar gi rumah orang lain ade jemputan makan2. Yang ada masa tu kak long saya yang bertugas menjaga anak2 dan semua anak buah.....diorang tgh main bunga api...huhu...dan untuk beberapa hari kemudian keluarga di Kelantan akan sentiasa penuh dgn jadual jemputan makan di rumah2 orang lain....

barulah saya sedar yang sambutan aidiladha memang meriah di Kelantan seperti yang orang dok gembar gemburkan

Aidiladha kali ini (edisi 2010)

Sejak kecil memang saya menyambut Aidiladha bersama keluarga. Semasa kecil kebanyakkannya kami menyambut di Kuala Lumpur kerana ayah tidak mendapat cuti, biasa la kalau keje polis. Bila saya dah form 3, keluarga pun dah pindah terengganu dan pindah pula ke kelantan setahun kemudian, berhari raya aidiladha memang disambut setiap tahun di Kelantan saja.

Saya mula tidak menyambut Aidiladha bersama keluarga semasa belajar di Jepun dahulu. Walopon sedih sedikit, tetapi perasaan ingin mengimarahkan aidiladha di negara orang lebih kuat. Sebabnye, masa belajar kat Akita dulu, surau pun budak2 Malaysia yang organize, baca yassin malam jumaat, semayang jumaat sampaikan sembahyang raya pun kami budak2 malaysia yang organize. Sebabnye kat Akita tak ramai Islam, selain budak2 malaysia 20 lebih orang nih, ade la indonesia 2 3 orang pastu bangladesh sorang. Solat sunat raya pun kami yang baca khutbah dll....so hidangan lepas raya pun ada....kami terpaksa meriahkan suasana supaya tidak merasa sedih beraya diperantauan. Kadang-kadang, selepas solat raya, makan kuih sejemput dua, terus pergi kelas amik exam semester.

Kemudian selepas balik ke Malaysia, Aidiladha pertama selepas pulang itu saya tidak dapat beraya bersama keluarga juga. Kerana tiada cuti yang banyak, hanya cuti satu hari di hari raya sahaja. Kononnye tak nak amik cuti lain sbb nak bagi komitmen kat keje la....hampeh gila. Masa raya tu pun bangun lambat, tak pegi solat sunat. Masa tu duduk serumah ngan abang saya..dia pulak balik kelantan masa raya tu, duduk la saya sorang2.....di pagi raya makan megi.

Aidiladha seterusnya saya telah pun berkeluarga, memang sambut aidiladha kat Kelantan selalu. Dah nak dekat sepoloh tahun tak beraya aidiladha kat kelantan, toksah cerita la seronoknya. Orang pun dok kata, meriah la aidiladha kat kelantan, tapi bg saya sama je kot. Sampailah aidiladha kali ni, barulah saya sedar.......

Bersambung.....

Isnin, 15 November 2010

SHOWA MALAYSIA....ka yo?

Okey...bagi mengingati abang matsuda, owner kedai basikal technical Showa yang selalu kitorang singgah masa kat Akita dulu. Saya pun mengisytiharkan geng basikal terbaru yang buat masa sekrang ini dianggotai oleh saya seorang saja, sebagai Team Showa Malaysia......kahkahkah...cam poyo jek..lantok ah...ni link utk kedai basikal yang kat akita dulu.

Abang tu hebat tuh, dah banyak dah tournament international yang dia join. Dia pun pernah dtg malaysia untuk Le Tour de Langkawi. Orangnye pun peramah, baik hati...selalu ajar kitorang mcm2 pasal basikal. Ada sekali saya beli basikal BMX, dia ade bg free video tape cara nak belajar main BMX. Pastu bila saya beli mountain bike GT kat dia, dia bg free lagi video cara nak service basikal. Ingat lagi masa tu kalau cakap "arigatou gozaimasu" (terima kasih) kat dia, dia mesti balas "tondemo gozaimasen" (no hal lah). Kedai dia ni asalnye kecik jek, cam kedai runcit buat dari papan kat kampung2...lepas tu kerajaan negeri nak amik tanah kat kedai dia sebab nak besarkan persimpangan kat daigaku-michi(betul ke nama jalan nih?)...so dia pun bukak kedai baru yang besar kat tegatayama. Lepas dia bukak kedai baru tu, kitorang jarang pegi kedai dia sbb kedai dia atas bukit yang curam, pastu kitorang pun sebuk ngan study, takde masa sgt ngan basikal.

Dulu kalau beli basikal kat dia, nanti dia bagi sticker 'SHOWA' tampal kat basikal kitorang. Dia kata biasanye dia bg sticker tu kat team basikal dia jek. Rasa nak buat lak sticker tu tampal kat basikal baru saya nih......

Lagi satu utk pengetahuan semua la, kalau beli basikal kat Jepun, nanti biasanye kedai basikal akan tanye kita nak nombo plate tak?kalau nak nanti diorang akan register nombo untuk basikal kita, pastu tampal nombo tu kat celah2 frame basikal. Tujuannye supaya bila basikal kene curik atau tersadai kat tempat public, polis akan tahu owner basikal lepas check ngan sistem. Saya kadang2 bila kene tahan ngan polis sebab naik basikal waktu mlm tak pasang lampu, polis tu sure check nombo basikal ngan sistem diorang. Diorang nak check kot2 basikal curik ke...tapi biasanye polis lepaskan je kitorang bila tahu yang kitorang ni student asing heheh...

Ahad, 14 November 2010

Akita jitensya koukai fukkatsu (episod 4)

Ahad, 14/Nov/2010.......mama kene keje lagi ari ni. So sbbkan tak tau nak buat apa, saya pun sebukkan diri mencari barang nak buat basikal kat umah tu. Zia lak ikut mama pegi opis, saya pun keluar umah kul 10, pegi kedai basikal kat kajang...jumpa. Sekali kedai tu takde stok fork, kene order katanye...pastu pasal tukar shifter tu dia kata buleh buat, so saya pun kata tgk dulu camne...pastu saya melilau carik kedai lain lak. Pastu teringat apul kata kat ngan umah dia ade kedai basikal bawah pokok yang best. Lepas tanye kat apul location dia, saya pun pegi menyinggah. Kedai tu memang kedai kampung, bawah pokok yang besar..jual pun basikal2 kampung jek..mana ada basikal2 high end nih. Dengan serba salah tu, tanye la pasal fork. Memang ada jual...brand SR Suntour GILA....aih, terkejut la sekejap. kedai camtu pun ada jual barang camtu ke. Pastu dia bawak keluar barangnye...wow..marveles. Pastu harga pun cun gak, RM270 siap pasang...ini dah menarik nih. pastu tanye pasal shifter lak, dia kata buleh buatkan, tapi kene tinggalkan basikal la. takde masalah la kat saya kalau tinggalkan. Lepas borak2 ngan dia, pastu cerita la pasal projek yang saya nak buat tu. Dia kata no problem, dia buleh tolong. Tapi dia tak pernah dgr basikal Proton T-Blaze AL3+, yang dia tau Proton T-Bolt ngan T-blaze, bukan T-blaze Al3+....saya crite la yang T-blaze Al3+ tu yang paling lekeh. Pastu bgtau spec2 semua......alih2 dia kata kalau frame cam T-blaze Al3+ tu, tak boleh nak masukkan fork cam yang sy nak beli tu. sebab saiz lain. Dia kata kene pakai yang sedia ada tu jugak.............kecewa kejap. Lepas borak2 lagi, dia pun kata baik carik basikal lain je, sebab kalau beli barang2 nak upgrade tapi tak leh upgrade....takde guna la. betul gak tu........hmm...terpaksa la beli basikal lain. Teringat kedai yang kat wangsa maju tu, byk gak basikal2 harga bawah RM1k yg boleh upgrade spare part. Sebab tgk kedai brader kat bangi nih, takde pun basikal yang ok, semua basikal2 kampung jek....

sekali, brader tu kata kalau nak beli basikal lain, ada orang nih nak jual basikal dia. Orang tu dah letak kat kedai dia lama dah, tapi nak jual mahal RM700, mana ada orang nak katanye. Saya tgk pun dah berhabuk giler dah basikal tuh, siap bersawang lagi. Bila tgk brand...Montana..hmm..ok la. Brader ni kata orang tu baru tuka fork guna fork yang saya nak beli tuh, tapi lepas pasang sampai skang..orang tu tak naik2 basikal tu. Alih2 nak jual lak sebab dah layan basikal road pulak.....tu yang tersadai kat kedai brader tuh. Brader tu bg kat sy harga RM550 je, sbb nak jual cepat2, buat menyemak katanye. Bila2 pikir balik, baik sy angkat je basikal tuh, barang semua dah mantap dah, tak payah buat apa dah. tunggu tukar taya carik taya untuk road jek..pastu ok la...hmm...saya kata kat brader tu nak pikir dulu.
Lepas balik umah, pikir2 jap...ok la, angkat je la. terus saya call brader tuh bgtau jadik amik...so janji ngan dia lepas maghrib pegi amik kat kedai dia. Sebelom gerak bgtau apul pasal sy beli basikal kat situ, pastu apul pun nak tgk. Then lepas maghrib tu kitorang jumpa kat kedai basikal Brother Fine, kat Kampung Sg. Ramal Dalam. Maka hadirlah sebuah basikal yang menjadi permulaan satu hobi yang baru..........sorry gambar tak dapat nak amik lagi sebab sampai umah dah malam. basikal tu pun ade lagi dalam kereta, malas nak keluarkan lagi. Insyallah bila2 nanti saya tunjukkan gambarnye....

kronoligi basikal ku:
EPISOD 1
EPISOD 2
EPISOD 3

Akita jitensya koukai fukkatsu (episod 3)

Sabtu, 13/Nov/2010....saya bgn pagi dengan bersemangat untuk memulakan projek basikal guna basikal pak mertua. Mama lak kene keje aritu....lepas clearkan barang2 kenduri minggu lepas. Zia ngan zahirah pun dah tido, saya pun bawak basikal pak mertua keluar letak bawah porch. Pastu bawak keluar semua perkakas basikal yang saya ada letak sekali. Lepas belek2 barang, saya blur sbb tak tau nak tukar shifter. Kalau barang lain buleh bukak pasang sendiri, tapi shifter ni tak gheti sikit. Pastu saya pun call Apul tanye kot2 dia buleh buat..pastu dia kata dia pun tak gheti. Kat basikal lama dia dulu dia suruh kedai buatkan. Ade tools khas bla bla....
Pastu saya pun terus bukak rim depan basikal tuh, sumbat basikal dalam kenari sbb nak bawak pegi kedai. Terpaksa la bawak kenari sebab mama bawak CRV. Saya lak tak tau mana kedai basikal kat area cheras nih, tgk kat intenet pun kat area kajang yang paling dekat. Pastu saya teringat, kat ngan opis mama kat wangsa maju sana ada satu kedai basikal. So alang2 nak pergi sana, buleh la bawak Zia sekali, buleh jumpa mama. Lepas tunggu Zia bgn tido, barang2 pun dah siap, terus saya ngan Zia gerak pergi wangsa maju. Sblm pegi opis mama, saya singgah kedai basikal kat wangsa melawati tu jap....ramai orang la pulak, bila tanye tokey, dia kata hari tu tak leh nak buat, kalau hari biasa buleh....pastu saya pun blah dengan kekecewaan. Singgah opis mama, drop Zia pastu pergi pusing area Sri rampai ngan wangsa maju carik kedai basikal lain.......tp tak jumpa. lepas dah bosan, sy pun pegi amik zia dr mama balik, pastu kitorang gerak balik umah. Bila dah kat umah, saya ingat utk temporary ni pakai je la dulu shifer 'dasai' basikal proton tuh, yang lain tukar je la kan. Sekali bila saya tanggalkan handle basikal tuh, baru saya perasan yang handle tu memang satu set ngan fork. Maknanye kalau nak tukar handle ngan stem, kene tukar fork sekali. Sudah....nak kene carik fork la pulak. Dgn kecewa sekali lagi, terus saya pegi simpan basikal tuh.
Mlm tu lepas fikir2 balik, memang la harga fork tu mahal. Yang brand ok sket pun harga dah RM200 lebih...tambah2 sket dah buleh beli basikal lain.....hmm......last2 pikir, xpe la. beli je la fork pastu set up balik basikal tuh. Maka sepanjang malam tu saya dok search kat intenet carik fork.

Akita jitensya koukai fukkastu (episod 2)

Lepas dah bertahun tak main basikal, anak pun dah masuk dua, perut makin boroi....alih2 tiba2 teringin nak main basikal balik. Basikal lak memang takde lagi, tapi kat rumah tu ade la basikal Proton T-Blaze AL3+, pak mertua punye.
Dia dapat hadiah sempena persaraan dia dari polis. Selama ni pun mana orang yang pakai basikal tu, ade pun saya naik dulu sekali, kunun nak eksesais lah...sekali beskal tu dah la berat, gear tu rosak tak leh nak tukar speed, kawasan umah lak berbukit..baru naik setengah jam, terus balik heheh....
Tiba2 datang idea utk modify basikal tu jadik tip top, so baru syok layan basikal lepas nih. Buat permulaan toksah buat giler2, bagi serasi dulu ngan cycling lepas dah lama benti nih.....bila dah mantap, upgrade basikal lain yg lebih mantap. Tapi tu baru planning.
Langkah pertama saya dengan mintak kebenaran ngan pak mertua utk amik basikal dia buat projek....berjaya.. pastu carik info pasal basikal nih...baru ler saya tau yang basikal T-Blaze AL3+ ni basikal proton yang paling lekeh, harga market masa artikel ni ditulih ada la dalam RM400~600 gitu. Body dia nampak sedap, tapi eksesori yang ada memang cukup2 syarat je la. Tapi pedulik hape saya ngan semua tuh, perlahan2 lahan upgrade ler.
Bila dah dapat info sket2, saya pun mulakan langkah dengan membeli barang2 sikit utk upgrade. Memandangkan masih beginner, saya pun carik ler barang2 second hand. Ni antara barang yang saya berjaya beli dari Mr. Farid, orang Alor Setar. Total semua RM200 termasuk penghantaran.
Kat situ ada, handle bar (tak tau brand apa), Shimano Alivio gear shifter, Cannondale stem ngan Tioga punye 'tanduk'. Bila dah dapat barang, baru saya teringat yang saya ada bawak balik sikit spare part dari Jepun dulu. Lepas menggeledah barang, jumpa lah barangnye...
Ada la paddle brand Grunge, Tioga punye 'tanduk', GT stem, GT grip, GT skewer, absorbing seat post, stem ring ngan GT punye handle bar. Rupanye handle bar, 'tanduk' ngan stem saya dah ade ke, susah payah je beli lain.
'Tanduk'...tak tau ler nama sebenarnye apa
Stem...belah atas brand Cannondale, belah bawah tu brand GT

So, nak ikutkan dah buleh start pasang dah. Cuma yang gear shifter tu kene hantar kedai lah, tak gheti nak buat sendiri. Pastu nak kene beli seat lain pulak, gantikan seat 'dasai' tuh.

Akita jitensya koukai fukkastu (episod 1)

Dah banyak kali weekend dah, saya bgn lepas subuh dengan harapan dapat pergi jogging atau cycling. Nak jogging tu, memang tak dapek la.....maleh den nak belari. Tapi pergi cycling tu memang impian tuh.
Dulu masa duduk kat Akita dulu, dengan geng2 akita masa tu Apul, Rintik, Pabo, Kucai, Dalim dll selalu kitorang pergi touring basikal. Kadang2 naik beskal dari rumah pusing2 town akita masa malam, tak pun naik beskal pergi pantai, pergi pelabuhan, tak pun pergi main bola kat padang rumput yang terletak 40km dari umah. Jarak semua tu ada la dalam linkungan 50km ke bawah...rekod paling jauh kitorang pergi pun dari Akita Foreign Student House sampai ke Hirosaki. Yang tu pergi balik dalam 500km....basikal pun masing2 bukan touring bike ke, road bike ke, semua pakai mountain bike. ade yang mountain bike lekeh beli kat homecentre cam tesco tu, ada yang beskal canggih mcm GT ngan Giant. Tapi bila masuk taun ke 3 taun ke 4, memang takde masa sgt nak pergi tuoring dgn basikal sebab sebuk ngan study. So beskal tu jadik transportion untuk pergi kelas jek. Alih2 saya pun jual beskal GT avalanche saya kat junior saya, pastu sebelum balik mesia, saya beli beskal mongoose dari Boroi....tapi 4 hari sebelum sumbat barang dalam kontena, basikal tu kene curik...tensen...maka berakhirlah kesah saya dengan basikal. Cuma ada la bawak balik saki baki spare part beskal ke Malaysia.

Selasa, 2 November 2010

Paying denda using MBPJ online

beberapa minggu lepas, kami terima statement daripada MBPJ mengenai saman parking yang belum dibayar. Kereta perdana milik pak mertua saya disaman di kawasan PJU.....biasanye saya yang dok kene saman di PJ nih, tapi bila tengok kereta perdana tu yang kena, kena kat PJU yang jauh dari opis saya, pastu pukul 10 pagi lak tuh, maknenye bukan saya la. Ye la, bukannya saya ingat kalau saya yang bawak pun. Saman tu kena bulan julai, 2009 dulu..mana nak ingat dah.
So saya pun mengabaikan surat tu dengan fahaman, pak mertua saya yg kena saman.
Then semlm saya saja tunjuk surat tu kat wife saya, dengan tanpa segan silu dia tersengih berkata dia yang kena. Ceit.....dia rupanya. Maka, tak nak nyusahkan pak mertua saya, saya pun bawak la surat saman tu kat opis dengan hajat nak pegi baya kat MBPJ waktu rehat tengahari. Tapi bila fikir2 balik, walopon takde la jauh sgt menara MBPJ tu ngan opis saya, tapi nak menempuh banyak jalan ngan trafik lite, pastu nak carik parking lagi...memang buat saya malas. So saya pun cuba la dengan menggunakan perkhidmatan e-payment. cara2nye:
1. bukak website MBPJ
2. Click pada epay@MBPJ
3. akan keluar screen ini. klik pada ayat 'klik disini' untuk daftar baru, sekiranya belom.

4. Isikan details dan tekan butang "HANTAR".

5. Sekiranya OK, akan keluar display nih
6. Klik pada kolum "CARIAN" dan pilih kategori yang anda ingin bayar. Macam kes saya ini ingin membayar kompaun trafik.

7. Masukkan nombor akaun yang tertera pada notis saman itu. Ianya tertulis seperti "Akaun PJP No." Seperti dibawah.
8. Kemudian akan tertera details pasal kompaun anda seperti ini. Klik pada "Tambah DI SENARAI" sekiranya anda ingin terus membuat pembayaran. Klik pada "Daftar ke Akaun" sekiranya anda ingin simpan (save) data di akaun anda. Disini juga anda buleh mendapat potongan harga rayuan sama seperti berada di kaunter pembayaran. Seperti kes saya, bayaran RM100 telah mendapat potongan sehingga RM50 secara automatik.
9. Sekiranya anda telah menekan "Simpan ke Akaun" tadi. Sila klik pada kolum "Akaun Berdaftar>Kompaun" untuk melihat hasil simpanan data tadi. Seterusnya klik pada "Tambah di Senarai" untuk membuat pembayaran.

10. Seterusnya screen "Bayaran" akan keluar. Anda juga boleh klik sendiri pada kolum "Bayaran" untuk pergi ke screen ini. Disini, tandakan pada kotak akaun yang anda ingin membayar, dan klik pada butang "Bayar".

11. Seterusnya akan keluar pop-up screen. Perlu diingatkan yang anda perlu mematikan fungsi block pop-up screen untuk menggunakan perkhidmatan ini. Disini anda perlu memilih cara pembayaran anda, samada kad kredit atau internet banking. Dalam kes saya, saya memilih membuat internet banking melalui CIMB bank. Selepas klik pada butang "agree" dengan peraturan internet banking, sila klik butang "proceed".
12. Seterusnya anda akan disambungkan terus ke akaun internet banking anda dimana anda perlu log-in untuk meneruskan proses.

13. Dan ikut arahan seterusnya sehingga selesai.

Dalam kes saya, ketika menunggu TAC number dihantar ke telefon saya, punye la lama sampaikan saya naik tensen.Setelah menunggu lama dan nombor TAC masih belum diterima, saya pun menutup PC dan terus menuju ke kereta lalu bergerak ke MBPJ utk buat pembayaran. Mesti korang konpius kan kenapa saya pergi ke kaunter jugak akhirnya. Semua disebabkan server yang lembap, susah nak paham cara guna epayment nih dll. Sebenarnya saya telah membuang masa selama 2 jam hanya utk memahami cara menggunakan epay@MBPJ nih. Bila dah faham itulah saya tuliskan kat blog ni supaya orang lain senang nak faham guna sistem tuh, jangan jadik cam saya.
Okeh berbalik ke cerita saya, saya pun terus pergi ke pejabat MBPJ kat PJ newtown. Dari opis nak sampai sana tak samapi 10 minit pun, tapi sampai sana guna 10 minit lebih utk mencari parking. Last2 saya masuk ke menara Choy Fook Onn carik parking...tu pun kena lalu kat lorong yang sempit naik sampai tingkat 4 baru jumpa parking. Menara ni pun satu, tinggi je lebih, parking cam hampeh. Nasib baik aku terer bawak kete, dah la bawak CRV. Kalau wife aku dtg bawak kenari, mau barai abis bumper kene seret kat dinding.
Lepas parking je saya terus ke kaunter MBPJ...pergi kaunter rayuan...sekali kena RM70! mak aih....baru je tadi saya tgk kat akaun epay@MBPJ yang saya kene RM50 jek. Awat lak jadik RM70 nih? Mak cik kaunter tu pun sambil borak ngan kawan2 dia, ckp kat saya, "ni dah notis ke2 nih, diskaun tak banyak la bagi"......siap tunjuk kat saya statement tampal kat meja pasal diskaun kompaun. Ada tulih situ, kalau dah notis kedua, memang RM70 kalau kompaun asal RM100....ceh, nyesal pun ada, kalau saya setelkan guna epay tadi dah sure dpt RM50...parking pun takyah bayar...tensen sekali lagi. Lepas setelkan kompaun tu, saya singgah CIMB pastu terus balik...parking charge kene RM3...............

Pengawas sekolah hisap rokok

Rumah saya terletak di Cheras dan berdekatan dengan sebuah kem polis. Setiap pagi dan petang akan kelihatan beberapa buah van yang dinaiki dengan sekumpulan anggota polis keluar dan masuk daripada kem ini. Mereka ini sebenarnya bergilir tugas di pondok-pondok polis yang terletak di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Mungkin disebabkan anggota polis daripada balai polis adalah tidak mencukupi, maka anggota daripada Pasukan Gerakan Am terpaksa digunakan. Alhamdulillah, dengan adanya mereka sekurang-kurangnya kita boleh melihat kelibat anggota penguatkuasa menjaga keamanan di tempat-tempat panas sekitar Kuala Lumpur. Tapi ada juga ketidak-best-annya disini.
Di kem polis, mereka akan berkumpul dahulu sebelum bergerak ke lokasi-lokasi yang mereka bertugas. Lumrah orang Malaysia, sangat sukar menepati masa. Masa nak pergi kerja itulah anak menangis, paip rumah bocor, motor pancit, bangun tidur lambat dll. Kita yang kerja swasta ni pun selalu kena masalah lebih kurang. Itu yang buatkan jadual perjalanan kita terjejas. Tetapi, terlambat macammana pun, waktu mula bekerja tetap sama, takkan berubah pun. Sama la juga dengan anggota2 polis ini. Tapi bagi kita, sebab fikirkan posibility masalah yang akan tiba itulah punca kita akan bergerak awal untuk ke tempat kerja. Tetapi bagi anggota2 polis ini, mereka ada cara mereka sendiri.
Cara 1 : Penyalahgunaan
Kalau sesiapa yang biasa menggunakan lebuhraya sekitar kem polis ini setiap pagi dan petang, pasti akan nampak kelibat van polis yang dinaiki sekumpulan anggota polis dan diiringi dengan kereta peronda polis, membunyikan siren, memecut laju dan memecah kesesakan. Kalau sesiapa yang tak tau pape, "owh, ade masalah ke dihadapan?"...tapi bagi yang dah kenal mereka2 ini, pasti akan berfikir "damn, senang giler diorang pergi kerja."
Cara 2: Aku Berkuasa
Di sebelah pagi, bagi kumpulan yang menuju pulang ke kem dan disebelah petang, kumpulan yang keluar dari kem, biasanya mereka tidak perlukan bantuan kereta peronda kerana jalan kurang sesak. Tapi mereka akan memandu di lorang paling kanan dengan halaju yang melampau tinggi. Sekiranya terdapat kenderaan yang memandu perlahan dari mereka di hadapan, lampu tinggi akan diberi supaya kenderaan itu memberi laluan untuk mereka. Kadangkala mereka akan mencilok-cilok sesuka hati mereka. Lampu signal tidak akan digunakan kecuali untuk berhenti di tepi jalan. Dikala semua orang mengeji perbuatan memotong barisan, mereka ini tanpa segan silu menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan, memotong tanpa signal, dengan halaju yang tinggi.

Yang jadik persoalan, selamat ke cara pemanduan mereka?memandu laju dengan menaiki van isuzu (kalau tidak silap) yang buruk, selamat ke?dengan penumpang yang ramai, van dipandu laju, selamat ke?untuk pergi memulakan kerja, kenapa mereka perlu diberi layanan baik?Kerajaan menyuruh semua rakyat menjadi pemandu berhemah, tapi waktu yang sama anggota penguatkuasa sendiri memandu ikut kepala sendiri, takpe ke?

Pernah satu hari, saya mengikuti lebuhraya KL-Seremban, terserempak dengan van polis mereka ini bergesel dengan satu motosikal. Motosikal tergolek, nasib baik tak injured teruk, yang polis2 ni pulak, semua keluar dari van. Mau tak cuak mamat yang naik motor tuh, mana berani nak marah pemandu van tu kalau sekali ramai polis keluar dari van. Itu eksiden kecik, macamana kalau eksiden teruk?dah la zaman sekarang nih, eksiden sikit jek, terus terbakar kereta. Dengan penumpang yang ramai camtu, sempat ke nak selamatkan semua?

Yang pemandu nih, konpem punye la bila balik rumah, bawak kereta sendiri konpem buat cara pemanduan yang sama. Anak2 diorang ni yang duduk dalam kereta, pun nanti bila dah besar terikut dengan cara pemanduan diorang. Sampai bila pun kita takkan dapat pemandu berhemah kalau macam tu. Sepatutnye diorang ni jadik la contoh untuk rakyat. Kalau ade polis trafik tengah saman pemandu yang pandu cam hampeh kat tepi jalan. Tengah dok tulih saman tuh, sekali lalu van polis diorang ni bawak cam lahanat jugak. kalau yang kena saman tu tanye, "bang, tu dia bawak laju boleh pulak?". Takkan polis trafik tu nak jawab, "diorang takpe, diorang tu polis"...so polis boleh bawak laju la?

kalau nak buat perumpamaan, masa kita kat sekolah dulu-dulu.......bila ketua pengawas kita tengah hisap rokok dalam dorm asrama. Respek lagi ke kita kat pengawas tuh?buleh bagi harapan ke kat pengawas tuh?

Isnin, 1 November 2010

Mai iji saks

You need ideas for better Malaysian tak?

Last August, saya renew insuran & roadtax kereta isteri saya menggunakan perkhidmatan super hebat cam gampang, MYEG. Lepas dah isi semua details, sampai la ke tang pembayaran. Dengan menggunakan kredit kad isteri saya, saya pun submit application. Sekali keluar display "ERROR" dengan berkata pembayaran tidak sakses atas sebab tertentu. Dengan penuh konpius, saya cuba lagi tapi terpaksa mula dari awal sebab tak boleh back ke page sebelom pembayaran. Dengan bangang sekali saya terpaksa mengisi semula semua details ke website yang hebat nak mampos tuh. Bila sampai ke bahagian pembayaran, sekali lagi dengan kredit kad yang sama saya menghantar application. Kali ni pembayaran berjaya diproses, insuran dan kredit kad berjaya direnew..........setel la (tu yg saya ingatkan mula2).
beberapa hari lepas tu, ada sorang officer Myeg call isteri saya mengatakan yang berlaku kesilapan masa kami renew insuran. Mereka mengatakan yg terdapat masalah teknikal pada sistem mereka membuatkan kami ter-renew 2 kali. Maknanya semasa kali pertama submit application yang dikatakan "ERROR" tu, sebenarnya ia telah pun diproceed!!..........(#%&&%%%$%&&)
Maka officer itu pun berkata yang pihak mereka akan memulangkan duit kembali dan membatalkan insuran yang telah ter-register semasa error itu. Dan disebabkan itu kesilapan mereka, mereka akan memberi diskaun untuk insuran dan lesen yang telah di-register kali kedua itu. Kami yg mendengar cerita mereka pada mulanya hanye marah kerana mereka telah menyusahkan kami, tapi ok la bila mereka nak pulangkan duit. .........sebulan..........2bulan......3bulan telah berlalu dah duit yg dijanjikan tidak juga dipulangkan. Dalam 3 bulan itu juga isteri saya akan telefon Myeg setiap minggu dan jawapan yg diterima dr receptionist..."pegawai tersebut cuti"..."dia tengah meeting, nanti dia call balik"....."dia outstation"...."saya akan pastikan dia telefon balik"...dll....dan dalam 3 bulan itu juga pegawai hanya telefon sekali sahaja dan ditamatkan perbualan dengan perasaan kecewa yang teramat.
Kini, setelah menghampiri 4 bulan, dan untuk minggu ini, sekali lagi isteri saya telefon Myeg, dan jawapan yang sama diterima. Setelah dihujani dengan butiran mesingan dari mulut isteri saya, akhirnya pegawai itu menelepon isteri saya. Jawapan daripadanya, "

mai iji officer: kene tengok pada department refund, kalau still pending, saya kene apply baru...

wife: tak boleh ke call et*** mintak cancel direct?

mai iji officer: ha..itu lagi baik

wife: y dun u &'&%%&'{*{*{`


maka, terpaksa la kami setelkan sendiri masalah yang dibuat oleh mai iji yang hebat itu. Perlu saya nyatakan disini, bukan jumlah duit yang menjadi persoalan kami. Yang jadi kebengangan kami, sebuah syarikat yang kununnye hebat, memang laju dalam soal meminta duit. Tapi sangat teruk dalam urusan perkhidmatan pelanggan. Wujudnye department refund dalam syarikat itu sahaja pun sudah membuktikan pelbagai masalah yang dibuat mereka. Dan department refund itu pula masih tidak menguruskan permohonan kes isteri saya walaupun sudah 4bulan! Bayangkan berapa masalah yang mereka buat dan berapa ramai mangsa sehingga sudah 4 bulan, masalah isteri saya masih belum diproses!!

Proud of........?

I read Utusan online today and found 1 good article of Malaysia Ferrari Owner Club made a record of biggest ferrari gathering in Asia Pacific. As the pictures also shows Malaysia Book of Record representative were giving the record certificate to the club president. But then, just after the article, there was an article about a single mother family who live in a rubber estate store at Grik. I am not sure how I am feeling and what to say....... a Ferrari price can reach as RM1.2m while the poor single mother family paying RM50 a month for the store rental. By calculation, a Ferrari could pay the poor single mother rental for 2000 YEARS!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...