Selasa, 9 Mac 2010

Selamat Hari Wanita

Semenjak Zaida (wife saya) bekerja di tempat baru, dia selalu kena balik kerja lambat. Amat jarang dia dapat pulang sebelum pukul 8 malam. Sekali sekala dia perlu tidur di tempat kerjanya untuk menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan. Semenjak dia bekerja ditempat barunya juga, saya selalu merasa malas untuk pulang ke rumah awal. Ketiadaan dia dirumah buatkan pulang awal ke rumah berasa kosong sahaja. Saya akan cuba untuk menyiapkan sebarang kerja ataupun singgah ke mana-mana kedai selepas waktu kerja untuk meluang waktu supaya dapat pulang ke rumah lewat.
Namun, semenjak sebulan yang lepas, perasaan ingin pulang awal teramat la kuat menebal di perasaan saya. Walaupun Zaida akan pulang lewat, ada sesuatu yang lain yang akan membuatkan saya pulang ke rumah secepat yang mungkin...semuanya bermula dengan Zia Zaara mula belajar berjalan. Setakat buleh berjalan, apa yang menarik hati saya untuk pulang awal?.........Saya percaya anda semua juga akan merasa apa yang saya rasakan. Yang belum ada anak atau yang belum berkahwin, masa anda akan tiba. Satu perasaan yang sangat terharu...satu perasaan yang buatkan hati anda jatuh berderai....satu perasaan yang manis....perasaan kasih sayang....perasaan yang tidak dapat digambarkan.............

saya merasai perasaan ini pada suatu hari, ketika saya melangkah masuk ke rumah ketika pulang dari kerja. Dengan sepenuh hatinya cuba berjalan terkedek-kedek selaju yang mungkin lalu memeluk kaki saya dengan kedua belah tangannya...........

Perasaan yang sangat indah kurasakan. Dapat dibayangkan betapa rindu dia kepada diriku setelah seharian tidak berjumpa. Semenjak itu juga, aku akan cuba untuk pulang secepat mungkin, agar dapat meluangkan masa dengannya, bermain dengannya sebelum dia masuk tidur. (Biasanya dia akan tidur selepas maghrib dan bangun keesokkan hari selepas saya pergi kerja)...Pernah sekali, saya pulang kerja dalam keadaan demam, terus masuk ke bilik apabila tiba dirumah. Setelah baring dibilik, dapat kudengar suara kecil Zia yang menangis. Pada firasatku, mungkin dia menangis kerana bergaduh dengan sepupunya, namun ku silap. Malam itu ibu mertuaku menceritakan yang zia menangis kerana dia nampak saya pulang ke rumah dan terus masuk ke bilik tanpa mempedulikannya. Dia berjalan ke tangga rumah sambil menunjuk-nunjuk tangannya ke atas sambil menangis......maafkan babah la Zia, babah tak sehat masa tu......
So, saya mengambil kesempatan bersempena dengan Hari Wanita sedunia pada 8/March/2010 ini, ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada kedua wanita ini atas segalanya. Selamat Hari Jadi kepada Zia (22/Feb/2010) dan Zaida (28/Feb/2010). Semoga Allah panjangkan umur kedua orang wanita ini, Babah sayangkan mama ngan Zia.


2 ulasan:

  1. ini mungkin demerit kepada keluarga macam kau buat masa ni.
    zia zara tinggal di rumah sementara mempunyai ramai teman.
    kalau kamu tinggal bertiga, patik yakin kamu akan memeluk pukul zia walaupun kamu menghidap demam unta.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...